Dasar Waranti

Sila rujuk Garis Panduan Penjagaan Produk kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penjagaan fabrik. Item fabrik yang dibeli akan dilindungi dengan waranti bermula dari tarikh asal pada resit dengan waranti terhad (bukti pembelian diperlukan).

Jika item dibeli dapat dibuktikan masih dalam tempoh waranti, kami akan menggantikan item secara percuma dengan produk yang sama atau setara nilainya dengan item asal dan item asal tidak akan dipulangkan kepada pelanggan

Tiada pemulangan wang akan dilakukan, Hanya penggantian item sahaja akan dilakukan

Barang yang baru akan diposkan kepada pelanggan hanya selepas barang yang rosak telah sampai kepada HQ dan dinilai kerosakannya

Kos pengeposan barang yang rosak adalah dibawah tanggungan pembeli. Jangkamasa penukaran tertakhluk kepada kesediaan stok di gudang kami. Sila sertakan kertas nota bertulis “Nak tukar item sebab…(nyatakan kerosakan)” dan letakkan di dalam parcel.

Syarat dan Pengecualian

Waranti tidak meliputi kerosakan yang disebabkan pemindahan warna secara sengaja/tidak sengaja oleh pembeli, Koyak/rosak akibat kecuaian sendiri atau penyalahgunaan, atau daripada sebarang pengubahsuaian, servis atau pembaikan yang dilakukan oleh pihak selain SANTO

Sila ambil perhatian bahawa SANTO tidak akan menanggung semua kos yang berkaitan dengan penghantaran item yang rosak sama-ada kepada kami atau kepada anda semula. Hanya 1 (Satu) kali penukaran sahaja boleh dilakukan dalam tempoh waranti

Untuk membuat tuntutan menurut waranti ini, sila hubungi kami DI SINI

*Tarikh Dikemaskini : 03 Mei 2019