Adakah terdapat tempat yang membolehkan saya melihat produk sebelum membuat pembelian?
Harap maaf, kami tidak mempunyai kedai jualan. Demi faktor keselamatan pula, kami tidak membenarkan pelanggan masuk ke gudang. Jika anda mahu maklumat lanjut berkenaan produk, sila ke SHOP .

Saya memerlukan bantuan peribadi untuk membuat pesanan. Siapakah yang boleh dihubungi?
Anda boleh whatsapp kami +60 13-405 1797 atau KLIK SINI . Kami sentiasa sedia untuk membantu anda.

Bagaimana saya boleh yakin selamat untuk membeli daripada anda?
Kami amat menghormati privasi anda dan berusaha keras untuk memastikan maklumat anda adalah selamat serta tidak akan diberikan kepada pihak lain.

Berapa lamakah tempoh penghantaran?
Kami menggunakan perkhidmatan POSLAJU. POSLAJU menghantar kebanyakan pesanan dalam masa 1-4 hari bekerja. Kelewatan penghantaran oleh pihak POSLAJU akibat cuaca atau lokasi adalah diluar bidang kuasa kami. 

Item saya belum diterima lagi. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila tunggu sekurang-kurangnya 1-3 hari bekerja untuk menerima pesanan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi team kami +6019-799 2206

*Penukaran barang tertakluk kepada terma dan syarat dibawah :  

  • Jika barang yang diterima mempunyai kesilapan penghantaran dari pihak SANTO dan masalah kualiti sahaja.
  • Penukaran hanya boleh dilakukan pada barang yang sama sahaja. Penukaran barang kepada barang yang lain atau berlainan harga, warna dan jenis tidak dibenarkan sama sekali.
  • Sila selitkan bersama RM10/pasang dan resit pembelian bersama barang yang dipos.
  • Jika kesilapan berpunca dari pihak HQ, kos pengeposan barang baru akan ditanggung oleh HQ.
  • Penukaran barang hanya SAH dalam tempoh 3 Hari sahaja dari tarikh barang diterima.
  • Barang yang dipulangkan hendaklah dalam keadaan bersih dan belum digunakan lagi.

*Jika barang yang diterima HQ didapati TIDAK memenuhi kriteria terma dan syarat, HQ berhak untuk tidak menukar dan mengganti dengan barang yang baru.

  1. Hantarkan gambar barang yang dalam keadaan bersih kepada perunding jualan yang berurusan sebelum barang dipos.
  2. Sebarang pemberian hadiah dari pihak HQ ketika promosi, tidak perlu dikembalikan bersama barang yang dipos.
  3. Sebagai makluman pihak Tuan/puan, urusan penukaran akan mengambil masa selama 3-5 hari bekerja selepas barang asal diterima oleh pejabat urusan.
  4. Tuan/Puan boleh menghubungi perunding jualan HQ untuk makluman butiran lanjut penukaran DISINI

Waranti

  1. Pelanggan akan dapat waranti selama 3 hari dari tarikh pembelian sementara tawaran ini masih dijalankan
  2. Waranti hanya boleh dituntut atas sebab kerosakan dan masalah kualiti
  3. Barang yang baru akan diposkan kepada pelanggan hanya selepas barang yang rosak telah sampai kepada HQ dan dinilai kerosakannya
  4. Kos pengeposan barang yang rosak adalah dibawah tanggungan pembeli
  5. Jangkamasa penukaran tertakhluk kepada kesediaan stok di gudang kami
  6. Sila sertakan kertas nota bertulis “Nak tukar item sebab…(nyatakan kerosakan)” dan letakkan di dalam parcel
  7. Hanya 1 kali penukaran sahaja boleh dilakukan dalam tempoh waranti